"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.
"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.
so, nk anjurkan ler kat korang tentang sunnah-sunnah Rasulullah, amalan2 yang biase Rasulullah buat bila gerhana, antaranya, banyakkan berzikir, lebihkan bersedekah, dan juga the main event,
-
-
-
-SOLAT SUNAT GERHANA!!
bagi y'allz yang tak arif tentang cara2, nya meh aku kongsi2 sket
Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:
1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.
2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.
Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

OK, tu jer ler hari nie, jumpa lagi nnt. buh-bye
p.s nie adalah salah satu cara sembahyang solat sunat gerhana yang aku jumpe dalam internet disebabkan aku tak ingat caranya dengan betul. so, kalu ade ralat and other stuff that aku lupe nak tambah or korang nk tambah ker, comment2 lah yer

0 comments:
Post a Comment