on Wednesday, June 15, 2011
hey y'allz

wah, pride gitu nak masok kolej mara banting!!!!
it was like...(kawan nyer ayat)
-
-
-
-
-
-
FUN GILER!!!

ok, untuk bloggerz2 yang tak au pasal kewujudan skool nie. 
nie ade info siket

Sejarah Kolej MARA Banting bermula seawal tahun 1985 dengan menumpang di MRSM Seremban bagi tujuan menyediakan pelajar MRSM untuk program GCE A-Level. Program tersebut merupakan program persediaan untuk kemasukan pelajar ke universiti di luar negara.
Bagi mempelbagaikan bilangan universiti yang boleh disertai oleh pelajar, pada tahun 1991 kolej ini telah pun memperkenalkan satu lagi program pra-universiti yang baru iaitu Program International Baccalaureate (IB) setelah mendapat pengiktirafan dari International Baccalaureate Organisation bagi menjalankan program tersebut.
Bagi menampung keperluan program dan pelajar yang bertambah, kolej ini telah pun diubah ke lokasi baru seluas 84 ekar iaitu lokasi yang digunapakai sekarang. Maka bermula dari tanggal 1 Julai 1992, kolej ini beroperasi dengan menggunakan nama MRSM Banting dengan sejumlah pelajar : 71 orang pelajar International Baccalaureate daripada MRSM Cheras dan 310 orang pelajar GCE A-Level dari MRSM Cheras dan MRSM Seremban.
Pada tahun 1994, nama MRSM Banting telah ditukarkan ke nama baru iaitu Kolej MARA Banting sehinggalah sekarang. Kolej MARA Banting mempunyai 41 kakitangan sokongan di Bahagian Pentadbiran dan 94 pensyarah yang bertauliah di Bahagian Akademik. Jumlah keseluruhan kakitangan di Kolej ini ialah seramai 135 orang.
Mulai dari Bulan Mei 2003 Kolej MARA Banting telah menjadi 'IB World School' sepenuhnya. Sebelum ini Kolej MARA Banting mengendalikan 2 program iaitu Program IB dan Matrikulasi. Kini Kolej MARA Banting menumpukan sepenuh perhatian kepada Program IB sahaja.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

panjang nak mampos kan.
allthough x ar panjang sangat.
mwahahahaha

ramai jugak seniors yang komen pasal IB prog nie. 
bagi juniors yang nak tau, nie ade info sket



Program ini merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO); sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walaubagaimanapun, pejabat yang menguruskan hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) terletak di Cardiff, United Kingdom.
Program ini diasaskan pada tahun 1968. Ianya telah disusun untuk pelajar bermotivasi tinggi berumur diantara 16 dan 19 tahun. Ianya telah mendapat reputasi yang meluas diatas sistem penilaian yang sangat terperinci, dan ini memberikan lebih peluang kepada pemegang diploma ini untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia.
Terdapat 3 bahasa pengantar yang utama bagi program ini iaitu : Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Walaubagaimanapun, Kolej MARA Banting memilih Bahasa Inggeris sebagai medium utama pembelajaran.

Program ini mengambil masa selama 2 tahun dan kemasukan dilakukan setiap bulan Jun. Terdapat seramai 94 pensyarah yang bertauliah lagi berpengalaman mengajar program International Baccalaureate ini.

haaaaa
skarunk dah tau kan. 
so aku memang cadangkan orang amik chances untuk amik IB nie
-----
-----
----

sebabnyer, kalau korang dapat IB diploma nie, lebeh pulak 40 and above IB points, banyak U kat luar akan amik korang, cam Cambridge, Ottawa and many many many more

oklah, dah puas membebel, aku nak siap solat jumaat
GO ISLAM!!!
buh-bye y'allz